Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Isnin, 17 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU -17/05/2010-


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia dan khasnya kepada guru-guru SKBB2. Sambutan Hari Guru di SKBB2 pada hari Isnin 17/05/10 semalam amat meriah sekali. Dimulakan dengan perarakan masuk ke tapak perhimpunan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan diiringi alunan kompang daripada murid-murid SKBB2 sendiri yang dipimpin oleh Ustaz Azilizan Bin Nadzir.

Kemudian majlis dimulakan dengan doa selamat daripada Ustaz Azilizan Bin Nadzir. Seterusnya ucapan daripada En. Yahya Bin Samad (GPK 1) dan disusuli pula dengan ucapan Guru Besar SKBB2 iaitu Pn Faridah Bte Mohd Fadzil. Kemudian lagu Guru Gemilang dinyayikan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan bimbingan Cikgu Robakyah Binti Abd Wahid. Selepas nyanian lagu Guru Gemilang, guru-guru melafazkan ikrar dipimpin oleh En Shaari Bin Abu Bakar (GPK Koku).










Akhir sekali, murid-murid bersalaman dengan guru-guru sambil memberi hadiah penghargaan kepada guru-guru mereka sebagai tanda terima kasih mereka kerana guru-guru telah banyak memberikan pengajaran kepada mereka.


-TERIMA KASIH CIKGU -


Setelah selesai majlis di tapak perhimpunan, guru-guru diraikan pula dengan persembahan-persembahan daripada murid-murid setiap tahun. Ustaz Mohd Anas Bin Zainal menjadi MC dipertanggungjawabkan untuk mengacara majlis di Dewan Kejora. Keadaan begitu meriah sekali semasa persembahan berlangsung. Terpancar wajah gembira guru-guru SKBB2 kerana disambut dengan begitu meriahdan mesra sekali.




Guru-guru juga tidak terlepas daripada membuat persembahan. Guru-guru wanita membuat persembahan tarian sumazau manakala guru-guru lelaki mendendangkan lagu Sua Suwei Good Morning yang dibawa oleh guru-guru muzik dan dinyanyikan oleh beberapa guru-guru lelaki.

Akhir acara, jamuan disediakan untuk guru-guru semua di kantin sekolah. Semasa jamuan berlangsung, guru-guru bertukar-tukar hadiah sesama guru bagi memeriahkan lagi suasana jamuan. Kenangan manis ini tidak akan dilupakan SKBB2. Akhir sekali, upacara memotong pulut kuning oleh Guru Besar bagi menutup majlis sambutan Hari Guru.
 
Blogger Templates