Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Rabu, 17 November 2010

~TAHNIAH~

Tahniah kepada murid-murid tahun 6 2010. Seramai 22 murid telah mendapat 5A pada peperiksaan UPSR tahun ini.
Kepada murid-murid yang berjaya mendapat 5A tahniah SKBB2 ucapkan. Kepada yang kurang memberangsangkan, jangan berputus asa.

Isnin, 20 September 2010

GOOD LUCK!!!!!

Kepada murid-murid tahun 6, SKBB2 mengucapkan selamat menjalani peperiksaan UPSR bermula pada 21/09/2010 hingga 23/09/2010.
.
SKBB2 harap adik-adik dapat menjawab kertas peperiksaan dengan jayanya...
.
.
SEMOGA BERJAYA






Selasa, 7 September 2010

~SELAMAT HARI RAYA~


Selamat Hari Raya Aidilfitri SKBB2 ucapkan kepada semua guru-guru, murid-murid dan staf-staf SKBB2 serta kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
_
P/S: Kepada murid-murid tahun 6, hari raya ini jangan terlalu teruja, naik cuti nanti kamu semua akan menghadapi ujian penting iaitu UPSR. Jangan lupa untuk mengulan kaji pelajaran semasa cuti raya ok...
_
~SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN~

Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 Malaysia...

Sempena hari kemerdekaan ini SKBB2 ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan kali ini memberi makna kepada semua rakyat Malaysia dan warga SKBB2. Ingatlah perjuangan nenek moyang kita yang telah bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan ini daripada pihak British.

Terima Kasih Malaysia...




31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka




Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

Selasa, 17 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua guru-guru, staff-staff dan murid-murid SKBB2 dan selamat berpuasa...

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangan selepas dua bulan yang tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Syaaban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, disini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenaai kelebihannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : apabila datangnya ramadhan telah terbuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan..-Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abu Hurairah, Daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya diampuninya segala dosa-dosa yang telah lalu..-Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibnu Majah, Ibnu Habban dan Baihaqi.


Selamat Berpuasa...

Rabu, 23 Jun 2010

SELAMAT KEMBALI KE-SEKOLAH

Kepada adik-adik SKBB2 sekalian, pihak SK Batu Berendam 2 mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Belajarlah rajin-rajin demi masa depan yang Gemilang dan Cemerlang.

Isnin, 7 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI ADIK-ADIK SEMUA

SKBB 2 mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid semua. Pesan SKBB 2, masa cuti ini janganlah adik-adik leka dengan bermain-main sahaja, terutama sekali bagi murid-murid tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR nanti. Ulang kaji pelajaran perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 jam satu hari.

SKBB 2 juga menasihatkan adik-adik supaya berhati-hati semasa musim cuti sekolah ini. Malang tidak berbau. Ibu bapa perlulah perihatin dan menjaga anak-anak semasa musim cuti sekolah ini. Jangan dibiarkan mereka bermain sendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

SELAMAT BERCUTI.

Isnin, 17 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU -17/05/2010-


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia dan khasnya kepada guru-guru SKBB2. Sambutan Hari Guru di SKBB2 pada hari Isnin 17/05/10 semalam amat meriah sekali. Dimulakan dengan perarakan masuk ke tapak perhimpunan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan diiringi alunan kompang daripada murid-murid SKBB2 sendiri yang dipimpin oleh Ustaz Azilizan Bin Nadzir.

Kemudian majlis dimulakan dengan doa selamat daripada Ustaz Azilizan Bin Nadzir. Seterusnya ucapan daripada En. Yahya Bin Samad (GPK 1) dan disusuli pula dengan ucapan Guru Besar SKBB2 iaitu Pn Faridah Bte Mohd Fadzil. Kemudian lagu Guru Gemilang dinyayikan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan bimbingan Cikgu Robakyah Binti Abd Wahid. Selepas nyanian lagu Guru Gemilang, guru-guru melafazkan ikrar dipimpin oleh En Shaari Bin Abu Bakar (GPK Koku).










Akhir sekali, murid-murid bersalaman dengan guru-guru sambil memberi hadiah penghargaan kepada guru-guru mereka sebagai tanda terima kasih mereka kerana guru-guru telah banyak memberikan pengajaran kepada mereka.


-TERIMA KASIH CIKGU -


Setelah selesai majlis di tapak perhimpunan, guru-guru diraikan pula dengan persembahan-persembahan daripada murid-murid setiap tahun. Ustaz Mohd Anas Bin Zainal menjadi MC dipertanggungjawabkan untuk mengacara majlis di Dewan Kejora. Keadaan begitu meriah sekali semasa persembahan berlangsung. Terpancar wajah gembira guru-guru SKBB2 kerana disambut dengan begitu meriahdan mesra sekali.




Guru-guru juga tidak terlepas daripada membuat persembahan. Guru-guru wanita membuat persembahan tarian sumazau manakala guru-guru lelaki mendendangkan lagu Sua Suwei Good Morning yang dibawa oleh guru-guru muzik dan dinyanyikan oleh beberapa guru-guru lelaki.

Akhir acara, jamuan disediakan untuk guru-guru semua di kantin sekolah. Semasa jamuan berlangsung, guru-guru bertukar-tukar hadiah sesama guru bagi memeriahkan lagi suasana jamuan. Kenangan manis ini tidak akan dilupakan SKBB2. Akhir sekali, upacara memotong pulut kuning oleh Guru Besar bagi menutup majlis sambutan Hari Guru.

Selasa, 27 April 2010

LAWATAN KE SK BANDAR BARU UDA



Pada 15/04/2010 (Khamis), SKBB2 telah mengadakan lawatan ke SK BDR BARU UDA (SKBBU), Johor Bahru. SKBBU adalah salah satu sekolah yang berprestasi tinggi yang diiktiraf oleh KPM.

Kami memulakan perjalanan pada kira-kira pukul 8.00 pagi an kami tiba di SKBBU lebih kurang 4 jam kemudian iaitu pada pukul 12.20 tengah hari. Kami disambut mesra oleh kakitangan SKBBU setibanya kami disana. Kemudian kami dijamu dengan makanan yang enak di kantin sekolah. Kemudian kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberi sedikit taklimat daripada pihak SKBBU.



Cikgu Yahya mewakili SKBB2 memberikan ucap terima kasih kepada SKBBU kerana telah sudi menerima lawatan daripada SKBB2. Sepanjang kami melawat SKBBU kami dapat meraih inspirasi bagi memantapkan lagi pencapaian dan meningkatkan prestasi sekolah. Murid-murid SKBBU kebanyakan mereka dilatih menghormati guru-guru mereka dengan cara memberi salam dan berjabat salam dengan guru-guru yang mereka temui. Murid-murid juga diberi dgalakan membaca tidak kira dimana mereka berada. Contohnya di kantin sekolah SKBBU menyediakan sudut ilmu yang boleh digunakan murid-murid untuk membaca. Dengan ini murid-murid SKBBU dapat memenuhi masa terluang mereka ketika berehat dengan membaca.

Pihak SKBBU juga menghias kelas mereka dengan cantik. Begitu juga dengan bilik-bilik panitia seperti bilik matematik, bilik bahasa, bilik Jakof dan bilik-bilik lain. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk datang menuntut ilmu.

Kami selesai melawat sekitar SKBBU pada pukul 3.15 petang. Terima kasih kepada SKBBU kerana memberi peluang kepada SKBB2 melawat sekitar sekolah mereka. Ribuan terima kasih diucapkan.




































Selasa, 13 April 2010

PROGRAM KIAMULLAIL..

Program Khemah Ibadah dan Hayat Sihat 2010 SK Batu Berendam 2 telah diadakan dengan jayanya selama dua hari satu malam iaitu pada 9 hingga 10 April 2010. Program ini disertai oleh murid-murid Tahun 5. Program ini bermula pada hari Jumaat jam 3.30 petang dan berakhir pada 1.30 petang sabtu bertempat di Dewan Kejora SKBB2, Melaka.

Sepanjang program ini berlangsung, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Dengan berkat doa, sokongan dan kerjasama semua pihak, semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah dan aktiviti kerohanian.

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Nordahlela daripada SK Malim yang telah memberikan ceramah yang menarik serta nasihat-nasihat yang berguna kepada murid-murid SKBB2. Begitu juga dengan penceramah daripada SKBB2 sendiri iaitu Tuan Hj Harun yang telah menyampaikan ceramah dengan bersungguh-sungguh menggunakan teknik token. sepanjang ceramah berlangsung, murid-murid memberikan perhatian penuh terhadap ceramah yang disampaikan kerana setiap kali pencramah memberikan soalan dan mereka yang dapat menjawabnya dengan betul akan diberikan hadiah. Tidak lupa juga kepada Ustaz Shabani dari SK Jalan Dato Palembang kerana telah menjalankan aktiviti kerohanian pada program tersebut.

Pengisian kerohanian ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menambah ilmu agama di samping dapat beribadat bersama rakan-rakan. Murid-murid yang menyertai program ini berasa amat gembira dan berharap supaya program seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

Ahad, 4 April 2010

Permainan Tradisional Galah Panjang 2010

Pertandingan permainan tradisional antara rumah sukan 2010 SKBB2 telah diadakan dengan jayanya pada 30 Mac 2010. Pertandingan ini telah dijalankan pada waktu aktiviti kokurikulum sekolah iaitu pada hari Selasa bermula dari jam 4.00 petang hingga jam 6.00 petang.



Pertandingan ini melibatkan semua murid-murid Tahap 2 iaitu murid-murid tahun 4,5 dan 6. Semua rumah sukan terlibat dalam pertandingan ini iaitu rumah Intan, Zamrud, Delima dan Nilam.











Dewan Kejora dipillih menjadi tempat pertandingan ini berlangsung kerana dewan ini mempunyai gelanggang badminton lantas diubahsuai menjadi gelanggang galah panjang. selain itu PA sistem juga boleh digunakan didalam dewan ini.











Semasa pertandingan ini berlangsung, semangat kesukanan yang tinggi dapat dilihat di antara murid-murid dan juga guru-guru. Permainan galah panjang ini adalah yang pertama kali telah dianjurkan SKBB2. Namun sambutan yang diberikan amatlah menggalakan dan pertandingan ini berjalan dengan lancar diatas kerjasama daripada semua pihak.



Keputusan Pertandingan:


Kategori Lelaki:
Johan: R/Intan (kump B)
N/Johan: R/Nilam (kump A)
Ketiga: R/Nilam (kump B)


Kategori Perempuan:
Johan: R/Zamrud (kump B)
N/Johan: R/Nilam (kump B)
Ketiga: R/Intan (kump B)


Majlis Penutupan Pertandingan Tradisional Galah Panjang SKBB2 ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum, En Shaari bin Hj. Abu Bakar. Penyampaian hadiah kepada pemenang juga telah diadakan sejurus selepas pertandingan ini tamat. Majlis tamat pada pukul 6.00 petang.

Khamis, 18 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL (12/03/10 - JUMAAT)


Pada pukul 8.00 pagi 12/03/10 iaitu hari Jumaat, SKBB2 telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Maulidul Rasul disambut dengan bacaan selawat keatas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W. disamping mengadakan perarakan mengelilingi sekitar sekolah sambil berselawat dan membawa sepanduk Maulidul Rasul yang diketuai oleh Ustaz Mohd Anas Bin Zainal.





SKBB2 telah menjemput Ustaz Ayub dari SK Mendapat, untuk memberikan ceramah kepada para hadirin semua. Ustaz ayub telah menyampaikan sejarah-sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W dan cara hidup Rasulullah S.A.W. Dalam ceramahnya Ustaz Ayub ada menyentuh tentang keunggulan peribadi Rasulullah S.A.W yang boleh dijadikan tauladan baik dan patut dijadikan contoh buat setiap umat manusia di dunia ini amnya dan murid-murid SKBB2 khasnya.



Rabu, 3 Mac 2010

HARI SUKAN SKBB 2 -25/02/10-


Pada hari khamis 25/02/10 telah berlangsungnya hari sukan SKBB 2 bertempat di padang sekolah SKBB 2. Acara bermula pada pukul 2.00 petang. Program hari sukan ini berjalan dengan lancar dan sungguh meriah. Ramai ibu bapa murid-murid datang untuk memberikan semangat kepada anak mereka.









Perarakan masuk kontigen-kontijen rumah sukan bermula pada pukul 2.15 petang. Kemudian nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan diusuli dengan ikrar sukan dikutuai oleh adik Muhd Faizal Maarof.



Turut hadir memeriahkan lagi majlis ini adalah Dato' Hj. Ma'sirat. Dato' Hj. Ma'sirat juga telah memberikan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada pihak sekolah sekaligus merasmikan Sukan Sekolah SKBB 2 pada petang itu. Turut hadir ialah ketua PIBG sekolah iaitu En Ir. Hj Khalid pada hari kejadian. Guru Besar, Puan Paridah telah menyampaikan cendera hati kepada Dato' Hj. Ma'sirat sebagai penghargaan kepada beliau.










Kemudian perarakan keluar kontigen-kontigen rumah sukan ke khemah rumah masing-masing iaitu Rumah Intan, Rumah Delima, Rumah Zamrud dan Rumah Nilam. Acara pertama ialah











lari 50m pra sekolah dan kelas khas. Acara-acara sukan berjalan dengan lancarnya. Tiada sebarang Kecederaan dilaporkan semasa berlangsungnya sukan sekolah. Acara kemuncak ialah acara tarik tali antara bapa-bapa murid dan guru-guru sekolah. Acara tarik tali itu dimenangi oleh pihak guru-guru. Rumah Intan mengekalkan rekod 3 tahun berturut-turut apabila ditabalkan sebagai pemenang keseluruhan.



TAHNIAH RUMAH INTAN

album gambar. : http://s817.photobucket.com/albums/zz92/skbb_2/hari%20sukan%20sekolah/

Isnin, 22 Februari 2010

Raptai Hari Sukan SKBB2 - 23/02/10 -


Bermula pada pukul 8.45 pg 23/02/10, raptai penuh untuk hari sukan skbb2 diadakan di padang skbb2.

Raptai ini telah dijayakan oleh murid2 tahun3 dan tahun 4. Guru-guru yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Ustaz Anas
2) Cikgu Syaari
3) Cikgu Hafiz
4) Cikgu Fariz
5) Cikgu Irwan
6) Cikgu Zamrah
7) Cikgu Azah
8) Cikgu Zaini

dan ramai lagi guru yang terlibat. Hari sukan SKBB 2 akan diadakan pada 25/02/10 iaitu pada hari khamis ini.

antara sukan-sukan yang akan dipertandingkan ialah:
1) Lari Pecut 100 meter
2) Lari Berbatton
3) lompat Jauh
4) lompat tinggi

dan bermacam-macam sukan lagi akan dipertandingkan. Diharapkan pihak ibu bapa murid2 dapatlah bersama-sama dengan anak mereka datang ke majlis sukan tahunan di SKBB 2 ini bagi memeriahkan lagi suasana pada hari sukan tersebut.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA DAN SKBB 2....





Cikgu Hafiz memberi kata-kata semangat kepada murid-murid



'Murid-murid, jangan main-main ye', nasihat cikgu kepada anak muridnya...














Antara guru-guru yang terlibat dalam menjayakan raptai Hari Sukan SKBB 2...



MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
 
Blogger Templates