Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 Malaysia...

Sempena hari kemerdekaan ini SKBB2 ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan kali ini memberi makna kepada semua rakyat Malaysia dan warga SKBB2. Ingatlah perjuangan nenek moyang kita yang telah bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan ini daripada pihak British.

Terima Kasih Malaysia...




31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka




Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

Selasa, 17 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua guru-guru, staff-staff dan murid-murid SKBB2 dan selamat berpuasa...

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangan selepas dua bulan yang tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Syaaban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, disini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenaai kelebihannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : apabila datangnya ramadhan telah terbuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan..-Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abu Hurairah, Daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya diampuninya segala dosa-dosa yang telah lalu..-Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibnu Majah, Ibnu Habban dan Baihaqi.


Selamat Berpuasa...
 
Blogger Templates