Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Kata Alu-aluan















Assalamualaikum W.B.T
Segala puji bagi Allah SWT,selawat dan salam buat rasulullah SAW serta salam 1 Malaysia. 
Syukur Kepada Tuhan Maha Pencipta untuk setiap detik dan peluang menjadikan diri & persekitaran kerja yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekolah ialah pusat perkembangan ilmu. Kita hendaklah membentuk satu budaya ilmu yang mantap agar kecemerlangan menjadi milik kita di samping berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik & juga sahsiah. Semangat berpasukan dan muafakat hendaklah sentiasa menjadi agenda agar dapat memacu organisasi ke arah kecemerlangan yang mantap.
Amalan “MESRA DAN KOMITED” hendaklah diteruskan. Terapkan budaya SEMUT ( Sentiasa Efisien Melaksanakan Urusan Tanggungjawab ) Dan juga nilai
S – Suka menolong
A – Amanah
Y – Yang menurut perintah
A – Akhlak Terpuji
N – Niat yang betul dan ikhlas
G – Gila-gila kerja
Dalam melaksanakan  tugas kita dan memberi sumbangan bagi menjayakan agenda negara dalam membangunkan modal insan. Peningkatan etika dan nilai profesionalisme merupakan aspek yang penting kerana ia akan menaikkan martabatkan diri kita sebagai seorang pendidik yang dapat membantu dalam kecemerlangan pendidikan.Akhir kata, semoga Allah memberkati segala usaha.
Sekian
Terima Kasih.
Pn Mastura Lim Binti A.Ghani
Guru Besar,
SK Batu Berendam 2 

 
Blogger Templates