Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Selasa, 27 April 2010

LAWATAN KE SK BANDAR BARU UDA



Pada 15/04/2010 (Khamis), SKBB2 telah mengadakan lawatan ke SK BDR BARU UDA (SKBBU), Johor Bahru. SKBBU adalah salah satu sekolah yang berprestasi tinggi yang diiktiraf oleh KPM.

Kami memulakan perjalanan pada kira-kira pukul 8.00 pagi an kami tiba di SKBBU lebih kurang 4 jam kemudian iaitu pada pukul 12.20 tengah hari. Kami disambut mesra oleh kakitangan SKBBU setibanya kami disana. Kemudian kami dijamu dengan makanan yang enak di kantin sekolah. Kemudian kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberi sedikit taklimat daripada pihak SKBBU.



Cikgu Yahya mewakili SKBB2 memberikan ucap terima kasih kepada SKBBU kerana telah sudi menerima lawatan daripada SKBB2. Sepanjang kami melawat SKBBU kami dapat meraih inspirasi bagi memantapkan lagi pencapaian dan meningkatkan prestasi sekolah. Murid-murid SKBBU kebanyakan mereka dilatih menghormati guru-guru mereka dengan cara memberi salam dan berjabat salam dengan guru-guru yang mereka temui. Murid-murid juga diberi dgalakan membaca tidak kira dimana mereka berada. Contohnya di kantin sekolah SKBBU menyediakan sudut ilmu yang boleh digunakan murid-murid untuk membaca. Dengan ini murid-murid SKBBU dapat memenuhi masa terluang mereka ketika berehat dengan membaca.

Pihak SKBBU juga menghias kelas mereka dengan cantik. Begitu juga dengan bilik-bilik panitia seperti bilik matematik, bilik bahasa, bilik Jakof dan bilik-bilik lain. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk datang menuntut ilmu.

Kami selesai melawat sekitar SKBBU pada pukul 3.15 petang. Terima kasih kepada SKBBU kerana memberi peluang kepada SKBB2 melawat sekitar sekolah mereka. Ribuan terima kasih diucapkan.




































Selasa, 13 April 2010

PROGRAM KIAMULLAIL..

Program Khemah Ibadah dan Hayat Sihat 2010 SK Batu Berendam 2 telah diadakan dengan jayanya selama dua hari satu malam iaitu pada 9 hingga 10 April 2010. Program ini disertai oleh murid-murid Tahun 5. Program ini bermula pada hari Jumaat jam 3.30 petang dan berakhir pada 1.30 petang sabtu bertempat di Dewan Kejora SKBB2, Melaka.

Sepanjang program ini berlangsung, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Dengan berkat doa, sokongan dan kerjasama semua pihak, semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah dan aktiviti kerohanian.

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Nordahlela daripada SK Malim yang telah memberikan ceramah yang menarik serta nasihat-nasihat yang berguna kepada murid-murid SKBB2. Begitu juga dengan penceramah daripada SKBB2 sendiri iaitu Tuan Hj Harun yang telah menyampaikan ceramah dengan bersungguh-sungguh menggunakan teknik token. sepanjang ceramah berlangsung, murid-murid memberikan perhatian penuh terhadap ceramah yang disampaikan kerana setiap kali pencramah memberikan soalan dan mereka yang dapat menjawabnya dengan betul akan diberikan hadiah. Tidak lupa juga kepada Ustaz Shabani dari SK Jalan Dato Palembang kerana telah menjalankan aktiviti kerohanian pada program tersebut.

Pengisian kerohanian ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menambah ilmu agama di samping dapat beribadat bersama rakan-rakan. Murid-murid yang menyertai program ini berasa amat gembira dan berharap supaya program seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

Ahad, 4 April 2010

Permainan Tradisional Galah Panjang 2010

Pertandingan permainan tradisional antara rumah sukan 2010 SKBB2 telah diadakan dengan jayanya pada 30 Mac 2010. Pertandingan ini telah dijalankan pada waktu aktiviti kokurikulum sekolah iaitu pada hari Selasa bermula dari jam 4.00 petang hingga jam 6.00 petang.



Pertandingan ini melibatkan semua murid-murid Tahap 2 iaitu murid-murid tahun 4,5 dan 6. Semua rumah sukan terlibat dalam pertandingan ini iaitu rumah Intan, Zamrud, Delima dan Nilam.











Dewan Kejora dipillih menjadi tempat pertandingan ini berlangsung kerana dewan ini mempunyai gelanggang badminton lantas diubahsuai menjadi gelanggang galah panjang. selain itu PA sistem juga boleh digunakan didalam dewan ini.











Semasa pertandingan ini berlangsung, semangat kesukanan yang tinggi dapat dilihat di antara murid-murid dan juga guru-guru. Permainan galah panjang ini adalah yang pertama kali telah dianjurkan SKBB2. Namun sambutan yang diberikan amatlah menggalakan dan pertandingan ini berjalan dengan lancar diatas kerjasama daripada semua pihak.



Keputusan Pertandingan:


Kategori Lelaki:
Johan: R/Intan (kump B)
N/Johan: R/Nilam (kump A)
Ketiga: R/Nilam (kump B)


Kategori Perempuan:
Johan: R/Zamrud (kump B)
N/Johan: R/Nilam (kump B)
Ketiga: R/Intan (kump B)


Majlis Penutupan Pertandingan Tradisional Galah Panjang SKBB2 ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum, En Shaari bin Hj. Abu Bakar. Penyampaian hadiah kepada pemenang juga telah diadakan sejurus selepas pertandingan ini tamat. Majlis tamat pada pukul 6.00 petang.

 
Blogger Templates