Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Isnin, 7 November 2011

Jumaat, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha
Iduladha mengajar erti pengorbanan dalam kehidupan. Manusia yang berada dalam lembah kecintaan pada syurga dan penciptanya, akan lahir suatu perasaan yang seronok dalam melakukan pengorbanan walau pun pada pandangan mata kasar ia sangat sukar.

Ahad, 30 Oktober 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011

Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Batu Berendam 2 Tahun 2011
Tarikh :  28 Oktober 2011
Tempat : Dewan SK Batu Berendam 2
Dirasmikan Oleh : Pn Guru Besar, Pn Safiah Bt Sharif






 Sejuta Penghargaan : 
Pn Safiah Bt Sharif (Guru Besar)
GPK1,GPK HEM, GPK KO-KU,GPK P.KHAS
Semua Guru & Staff Sk Batu Berendam 2]
Murid-murid Sk Batu Berendam 2


Khamis, 13 Oktober 2011

Selamat Datang



Warga SKBB2 mengucapkan selamat datang kepada  Pn Safiah Bt Sharif dari SK Tengkera 1 yang dilantik sebagai  Guru Besar SK Batu Berendam 2. Mula  berkuatkuasa pada 01 Oktober 2011 dan mula bertugas pada 10 Oktober 2011. Gred Jawatan : PPS DG41(Hakiki 34).Semoga kehadiran beliau dapat  memantapkan lagi prestasi sekolah.Syabas Dan Tahniah..

Isnin, 26 September 2011

Salam perpisahan untuk Pn Faridah bt Mohd Fadzil

Salam perpisahan untuk Pn Faridah bt Mohd Fadzil (Guru Besar SKBB2) pada 21 September 2011.
Kami warga SKBB2 mendoakan agar cikgu panjang umur,dimurahkan rezeki dan ceria-ceria selalu.

PN FARIDAH BT MOHD FADZIL
Mutiara Kata
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Khamis, 22 September 2011

PROGRAM IMAM MUDA & MENCARI AZ-ZAHRA

PROGRAM IMAM MUDA & MENCARI AZ-ZAHRA MUSIM PERTAMA
(1432 HIJRAH / 2011 MASEHI)
Anjuran bersama
Unit Bimbingan & kaunseling
Panitia Islam,
Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6

PELANCARAN PROGRAM

Tarikh : 22 Syawal 1432 (20 September 2011)
Hari : Selasa
Masa : 8.00 Pg
Tempat : Dataran Perhimpunan SKBB2




Penghargaan


Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan  program ini.
Semoga usaha kita ini deberkati Allah.
...INSYAALLAH....

Rabu, 24 Ogos 2011

Perasmian Bulan Kemerdekaan

TADARUS AL- QURAN SEPANJANG BUKAN RAMADHAN 2011

Majlis Tadarus Al-Quran yang di anjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam Sk Batu Berendam 2 Di sepanjang bulan Ramadhan.

Rabu, 27 Julai 2011

Salam Ramadhan


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DARI WARGA SK BATU BERENDAM 2. SEMOGA KITA DAPAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA DENGAN SABAR DAN TAQWA.

Rasulullah s.a.w bersabda: Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga” (H.R. Ahmad)

Isnin, 18 Julai 2011

Sukan Tahunan SK Batu Berendam 2 Tahun 2011

SUKAN TAHUNAN KALI KE-5
PERASMIAN PEMBUKAAN OLEH:
PN FARIDAH BT MOHD FADZIL
GURU BESAR SK BATU BERENDAM 2

Tarikh : 7 Julai 2011
Hari : Khamis
Tempat : Padang Sk Batu Berendam 2

Ikrar Kejohanan

Kami berikrar akan mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan Sekolah Kebangsaaan Batu Berendam 2 dengan penuh minat dan semangat kesukanan. Kami berjanji, akan mematuhi segala peraturan sukan dan olahraga demi menjaga nama baik sekolah dan negara.



Penghargaan
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-5, 2011 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang terlibat dan menjayakan kejohanan pada kali ini,

Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah
Pn Faridah Bt Mohd Fadzil (Guru Besar SKKB2)
Yang Dipertua PIBG & AJK
Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian
para peserta yang mengambil bahgian
dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-5.

Ahad, 17 Julai 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat sekolah

Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa :  7.30 pg - 12.30 tghr
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Batu Berendam 2 Laluan Merentas Desa.

Matlamat
  • Dasar satu murid satu sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
  • Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.
  • Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
  •  Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS)

Sejuta Penghargaan Kepada

Guru Besar SK Batu Berendam 2
Guru-Guru Penolong Kanan SK Batu Berendam 2
Pengerusi PIBG SK Batu Berendam 2
AJK PIBG SK Batu Berendam 2
Guru-Guru SK Batu Berendam 2
&
Semua pihak yang terlibat bagi menjayakan

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
TAHUN 2011

Selasa, 12 Julai 2011

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2011

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2011 kali 1 peringkat SKBB2

Tarikh : 14 Julai 2011 M
(12 Syaaban 1432 H)
Jam : 7.00 - 9.00 Malam
Bertempat di Dewan Kejora SKBB2 Melaka.

"BERUSAHA, MUNAJAT, TAWAKAL MEMBAWA BERKAT"

Aturcara majlis

7.00 mlm - Ketibaan ibu bapa/ penjaga & murid
7.25 mlm - Solat Maghrib
          - Solat Hajat
              - Bacaan Yasin
8.40 mlm - Solat Isyak
                       - Jamuan /Bersurai

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT:

GURU BESAR
PENGERUSI PIBG
AJK PIBG
GURU-GURU PENOLONG KANAN
SEMUA GURU SKBB2
IBU BAPA / PENJAGA
MURID - MURID TAHUN 6
DAN............
MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

RIBUAN TERIMA KASIH

Ahad, 3 Julai 2011

Latihan Dalam perkhidmatan Guru-Guru SKBB2

Tarikh : 25 Jun 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Sk Batu Berendam 2




Rabu, 1 Jun 2011

Sambutan Hari Guru Tahun 2011

Selamat Hari Guru 2011
SK Batu Berendam 2 
Majlis di rasmikan oleh : Tn Guru Besar, Pn Faridah Bt Mohd Fadzil
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKBB2


SAMBUTAN HARI GURU 2011
MAJLIS POTONG KEK GURU BESAR & KETUA PENGAWAS SEKOLAH
KEK YANG DI SUMBANG OLEH PENGAWAS SEKOLAH
GURU-GURU SK BATU BERENDAM 2
GURU-GURU MELAKUKAN AKTIVITI SUKANEKA

PERSEMBAHAN GURU WANITA PADA HARI GURU DI DEWAN
 Sekalung penghargaan .....
Kami warga SKBB2 merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih
  •  Guru Besar SKBB2
  • Wakil PIBG
  • Guru-guru & Staff Sokongan SKBB2
Dan semua pihak yang telah menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung..
....Terima Kasih Semua...








Ahad, 13 Februari 2011

Maulidur Rasul 2011/1432H


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011/1432H


Rabu, 9 Februari 2011

Awal Tahun Persekolah SK Batu Berendam 2 (2011)

Permulaan Awal Tahun Sesi Persekolahan Tahun 2011 
Tarikh : 3 Januari 2011
Tempat : Sk Batu Berendam 2

Murid-Murid menyanyi lagu Kebangsaan yang dipimpin oleh guru muzik Pn Robakyah Abd Wahid

Murid-murid  Pendidikan Khas

Murid-murid Tahun 1 ketika di dalam kelas

Ibu dan bapa yang sedang menunggu giliran untuk membayar yuran sekolah

Lawatan Guru Besar ke China Bersama Yg Bhg Dato' Asariah Shaharuddin

Tarikh : 17 Disember 2010 hingga 22 Disember 2010
Objektif : Meningkat professionalisme keguruan
               Melawat tempat-tempat bersejarah di China
               Melawat sekolah dan Institut Pengajian Tinggi di China.
Aktiviti : Hari kedua lawatan Dataran Tien An Men / Imperial City/ Forbidden City di sebelah pagi. Di sebelah petang melawat Stadium Olimpik (Bird Nest). Selepas itu kami dibawa melawat Silk House. Manakala di sebelah malam menonton pertunjukan akrobatik.
             Hari ketiga pula dibawa melawat Tembok Besar china. Di pertengahan jalan kami singgah di tempat membuat jade. Selepas melawat Tembok Besar China kami di bawa melawat kilang membuat pasu daripada tembaga yang disalut enamel. Kemudian kami dibawa ke Pearl Market untuk membeli belah.
             Lawatan hari keempat pula adalah lawatan rasmi iaitu ke Institut Kongzi, Beijing dan Beijing Foreign Studies  University.
             Hari kelima juga merupakan lawatan rasmi iaitu ke Sekolah swasta Huijia. Pada sebelah petang di bawa membeli belah dan melawat Tea House.
Dataran An Mien yang Luas
                                         
Di hadapan Stadium Negara "Bird Nest"

Di hadapan Tembok Besar China

Bersama Dato' Asariah di hadapan Bullet Train Stesyen Tianjing,China
 
 
Blogger Templates