Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua guru-guru, staff-staff dan murid-murid SKBB2 dan selamat berpuasa...
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangan selepas dua bulan yang tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Syaaban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, disini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenaai kelebihannya.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : apabila datangnya ramadhan telah terbuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan..-Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
Daripada Abu Hurairah, Daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya diampuninya segala dosa-dosa yang telah lalu..-Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibnu Majah, Ibnu Habban dan Baihaqi.
Selamat Berpuasa...
Selasa, 17 Ogos 2010
Rabu, 23 Jun 2010
SELAMAT KEMBALI KE-SEKOLAH
Kepada adik-adik SKBB2 sekalian, pihak SK Batu Berendam 2 mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Belajarlah rajin-rajin demi masa depan yang Gemilang dan Cemerlang.
Isnin, 7 Jun 2010
SELAMAT BERCUTI ADIK-ADIK SEMUA
SKBB 2 mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid semua. Pesan SKBB 2, masa cuti ini janganlah adik-adik leka dengan bermain-main sahaja, terutama sekali bagi murid-murid tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR nanti. Ulang kaji pelajaran perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 jam satu hari.
SKBB 2 juga menasihatkan adik-adik supaya berhati-hati semasa musim cuti sekolah ini. Malang tidak berbau. Ibu bapa perlulah perihatin dan menjaga anak-anak semasa musim cuti sekolah ini. Jangan dibiarkan mereka bermain sendirian tanpa pengawasan orang dewasa.
SELAMAT BERCUTI.
SKBB 2 juga menasihatkan adik-adik supaya berhati-hati semasa musim cuti sekolah ini. Malang tidak berbau. Ibu bapa perlulah perihatin dan menjaga anak-anak semasa musim cuti sekolah ini. Jangan dibiarkan mereka bermain sendirian tanpa pengawasan orang dewasa.
SELAMAT BERCUTI.
Isnin, 17 Mei 2010
SELAMAT HARI GURU -17/05/2010-
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia dan khasnya kepada guru-guru SKBB2. Sambutan Hari Guru di SKBB2 pada hari Isnin 17/05/10 semalam amat meriah sekali. Dimulakan dengan perarakan masuk ke tapak perhimpunan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan diiringi alunan kompang daripada murid-murid SKBB2 sendiri yang dipimpin oleh Ustaz Azilizan Bin Nadzir.
Kemudian majlis dimulakan dengan doa sel
amat daripada Ustaz Azilizan Bin
Nadzir. Seterusnya ucapan daripada En. Yahya Bin Samad (GPK 1) dan disusuli pula dengan ucapan Guru Besar SKBB2 iaitu Pn Faridah Bte Mohd Fadzil. Kemudian lagu Guru Gemilang dinyayikan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan bimbingan Cikgu Robakyah Binti Abd Wahid. Selepas nyanian lagu Guru Gemilang, guru-guru melafazkan ikrar dipimpin oleh En Shaari Bin Abu Bakar (GPK Koku).


Kemudian majlis dimulakan dengan doa sel
Akhir sekali, murid-murid bersalaman dengan guru-guru sambil memberi hadiah penghargaan kepada guru-guru mereka sebagai tanda terima kasih mereka kerana guru-guru telah banyak memberikan pengajaran kepada mereka.
-TERIMA KASIH CIKGU -
Setelah selesai majlis di tapak perhimpunan, guru-guru diraikan pula dengan persembahan-persembahan daripada murid-murid setiap tahun. Ustaz Mohd Anas Bin Zainal menjadi MC dipertanggungjawabkan untuk mengacara majlis di Dewan Kejora. Keadaan begitu meriah sekali semasa persembahan berlangsung. Terpancar wajah gembira guru-guru SKBB2 kerana disambut dengan begitu meriahdan mesra sekali.
Guru-guru juga tidak terlepas daripada membuat persembahan. Guru-guru wanita membuat persembahan tarian sumazau manakala guru-guru lelaki mendendangkan lagu Sua Suwei Good Morning yang dibawa oleh guru-guru muzik dan dinyanyikan oleh beberapa guru-guru lelaki.
Akhir acara, jamuan disediakan untuk guru-guru semua di kantin sekolah. Semasa jamuan berlangsung, guru-guru bertukar-tukar hadiah sesama guru bagi memeriahkan lagi suasana jamuan. Kenangan manis ini tidak akan dilupakan SKBB2. Akhir sekali, upacara memotong pulut kuning oleh Guru Besar bagi menutup majlis sambutan Hari Guru.
Langgan:
Catatan (Atom)