Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Khamis, 10 Januari 2013

Ahad, 17 Jun 2012

Sambutan Hari Guru 2012


   

Khusus buatmu guru-guruku yang amat kukasihi. 
 “Selamat Hari Guru teristimewa buatmu!”..
Terima kasih cikgu!!
Insya Allah, ketulusan jasa dan keluhuran budimu akan tetap kukenang selama-lamanya.. 
Kudoakan semoga dirimu bahagia dan beroleh redha Allah di dunia ini serta
 beroleh SyurgaNya di Akhirat sana!! Amiin.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!
Adaptasi dengan penambahan dari Puisi Guru O Guru oleh Usman Awang

Ahad, 19 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012/1433H

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 Tahun 2012 / 1433 H
"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMAH"

Tarikh : 17 Februari 2012
Hari : Jumaat
Masa : 7.45pg
Tempat : Dataran Pehimpunan SKBB2


Pernghargaan
Panitia Agama Islam SKBB2 2012 mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada:
  • Pn Guru Besar SKBB2
  • Para GPK
  • Semua guru dan staf SKBB2
  • PIBG SKBB2
  • En Azman (Pengusaha Kantin)
  • Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 
**Terima Kasih kepada En Iswan yang telah berpindah ke SK PAYA DALAM kerana memberi gambar sambutan majlis Maulidur Rasul. 
"JASAMU DIKENANG"

Selasa, 14 Februari 2012

 
Blogger Templates