Social Icons

SK BATU BERENDAM 2

Rabu, 23 Jun 2010

SELAMAT KEMBALI KE-SEKOLAH

Kepada adik-adik SKBB2 sekalian, pihak SK Batu Berendam 2 mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Belajarlah rajin-rajin demi masa depan yang Gemilang dan Cemerlang.

Isnin, 7 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI ADIK-ADIK SEMUA

SKBB 2 mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid semua. Pesan SKBB 2, masa cuti ini janganlah adik-adik leka dengan bermain-main sahaja, terutama sekali bagi murid-murid tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR nanti. Ulang kaji pelajaran perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 jam satu hari.

SKBB 2 juga menasihatkan adik-adik supaya berhati-hati semasa musim cuti sekolah ini. Malang tidak berbau. Ibu bapa perlulah perihatin dan menjaga anak-anak semasa musim cuti sekolah ini. Jangan dibiarkan mereka bermain sendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

SELAMAT BERCUTI.

Isnin, 17 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU -17/05/2010-


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia dan khasnya kepada guru-guru SKBB2. Sambutan Hari Guru di SKBB2 pada hari Isnin 17/05/10 semalam amat meriah sekali. Dimulakan dengan perarakan masuk ke tapak perhimpunan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan diiringi alunan kompang daripada murid-murid SKBB2 sendiri yang dipimpin oleh Ustaz Azilizan Bin Nadzir.

Kemudian majlis dimulakan dengan doa selamat daripada Ustaz Azilizan Bin Nadzir. Seterusnya ucapan daripada En. Yahya Bin Samad (GPK 1) dan disusuli pula dengan ucapan Guru Besar SKBB2 iaitu Pn Faridah Bte Mohd Fadzil. Kemudian lagu Guru Gemilang dinyayikan oleh semua guru-guru SKBB2 dengan bimbingan Cikgu Robakyah Binti Abd Wahid. Selepas nyanian lagu Guru Gemilang, guru-guru melafazkan ikrar dipimpin oleh En Shaari Bin Abu Bakar (GPK Koku).










Akhir sekali, murid-murid bersalaman dengan guru-guru sambil memberi hadiah penghargaan kepada guru-guru mereka sebagai tanda terima kasih mereka kerana guru-guru telah banyak memberikan pengajaran kepada mereka.


-TERIMA KASIH CIKGU -


Setelah selesai majlis di tapak perhimpunan, guru-guru diraikan pula dengan persembahan-persembahan daripada murid-murid setiap tahun. Ustaz Mohd Anas Bin Zainal menjadi MC dipertanggungjawabkan untuk mengacara majlis di Dewan Kejora. Keadaan begitu meriah sekali semasa persembahan berlangsung. Terpancar wajah gembira guru-guru SKBB2 kerana disambut dengan begitu meriahdan mesra sekali.




Guru-guru juga tidak terlepas daripada membuat persembahan. Guru-guru wanita membuat persembahan tarian sumazau manakala guru-guru lelaki mendendangkan lagu Sua Suwei Good Morning yang dibawa oleh guru-guru muzik dan dinyanyikan oleh beberapa guru-guru lelaki.

Akhir acara, jamuan disediakan untuk guru-guru semua di kantin sekolah. Semasa jamuan berlangsung, guru-guru bertukar-tukar hadiah sesama guru bagi memeriahkan lagi suasana jamuan. Kenangan manis ini tidak akan dilupakan SKBB2. Akhir sekali, upacara memotong pulut kuning oleh Guru Besar bagi menutup majlis sambutan Hari Guru.

Selasa, 27 April 2010

LAWATAN KE SK BANDAR BARU UDA



Pada 15/04/2010 (Khamis), SKBB2 telah mengadakan lawatan ke SK BDR BARU UDA (SKBBU), Johor Bahru. SKBBU adalah salah satu sekolah yang berprestasi tinggi yang diiktiraf oleh KPM.

Kami memulakan perjalanan pada kira-kira pukul 8.00 pagi an kami tiba di SKBBU lebih kurang 4 jam kemudian iaitu pada pukul 12.20 tengah hari. Kami disambut mesra oleh kakitangan SKBBU setibanya kami disana. Kemudian kami dijamu dengan makanan yang enak di kantin sekolah. Kemudian kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberi sedikit taklimat daripada pihak SKBBU.



Cikgu Yahya mewakili SKBB2 memberikan ucap terima kasih kepada SKBBU kerana telah sudi menerima lawatan daripada SKBB2. Sepanjang kami melawat SKBBU kami dapat meraih inspirasi bagi memantapkan lagi pencapaian dan meningkatkan prestasi sekolah. Murid-murid SKBBU kebanyakan mereka dilatih menghormati guru-guru mereka dengan cara memberi salam dan berjabat salam dengan guru-guru yang mereka temui. Murid-murid juga diberi dgalakan membaca tidak kira dimana mereka berada. Contohnya di kantin sekolah SKBBU menyediakan sudut ilmu yang boleh digunakan murid-murid untuk membaca. Dengan ini murid-murid SKBBU dapat memenuhi masa terluang mereka ketika berehat dengan membaca.

Pihak SKBBU juga menghias kelas mereka dengan cantik. Begitu juga dengan bilik-bilik panitia seperti bilik matematik, bilik bahasa, bilik Jakof dan bilik-bilik lain. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk datang menuntut ilmu.

Kami selesai melawat sekitar SKBBU pada pukul 3.15 petang. Terima kasih kepada SKBBU kerana memberi peluang kepada SKBB2 melawat sekitar sekolah mereka. Ribuan terima kasih diucapkan.




































 
Blogger Templates